Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian VII · Peruntukan Kewangan
52. Anggaran tahunan
Feedback & support(1)
Pertubuhan hendaklah pada setiap tahun menyediakan suatu belanjawan yang menunjukkan wang masuk yang dijangka dan anggaran perbelanjaan Pertubuhan bagi tahun yang berikutnya yang mengandungi apa-apa butir-butir yang mencukupi sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri bagi menyelesaikan liabiliti yang ditanggung oleh Pertubuhan dan bagi menyenggara suatu imbangan kerja di bawah
Akta ini.
(2)
Belanjawan itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan
Menteri sebelum apa-apa tarikh yang ditetapkan olehnya.