Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian VII · Peruntukan Kewangan
58. Section 58
Feedback & supportPertubuhan boleh mengenakan surcaj ke atas mana-mana orang yang sedang atau pernah bekerja dengan Pertubuhan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga jika Lembaga mendapati bahawa orang itu—
bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa bayaran wang yang tidak sepatutnya daripada
Kumpulan Wang atau bagi apa-apa bayaran apa-apa wang yang tidak disokong dengan sewajarnya;
bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi kemusnahan, apa-apa wang, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Pertubuhan;
sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau
telah gagal membuat apa-apa bayaran, atau bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelengahan dalam bayaran wang daripada
Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Pertubuhan.
Lembaga hendaklah, sebelum seseorang itu dikenakan surcaj di bawah subseksyen (1), menyampaikan kepadanya suatu notis
Sistem Insurans Pekerjaan 51
bertulis yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikenakan surcaj.
Jika penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis di bawah subseksyen (2),
Lembaga boleh—
dalam hal perenggan (1)(a) dan (b), mengenakan surcaj terhadap orang itu suatu jumlah wang yang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut, atau bayaran yang dibuat dengan tidak sepatutnya, atau kekurangan dalam nilai, atau kerugian, wang, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Pertubuhan; dan
dalam hal perenggan (1)(c) dan (d), mengenakan surcaj terhadap orang itu apa-apa jumlah wang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Lembaga hendaklah menyebabkan supaya Ketua Pengarah diberitahu mengenai apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1)
dan Ketua Pengarah hendaklah selepas itu memberitahu orang yang dikenakan surcaj itu.
Walau apa pun subseksyen (3) dan (4), Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan telah diterima atau jika didapati selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Lembaga hendaklah menyebabkan supaya Ketua Pengarah diberitahu mengenai penarikan balik itu dan Ketua Pengarah hendaklah selepas itu memberitahu orang yang dikenakan surcaj itu.
Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3)
dan yang tidak ditarik balik di bawah subseksyen (5) hendaklah menjadi suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Pertubuhan daripada orang yang dikenakan surcaj itu dan boleh dibawa guaman terhadapnya dan didapatkan balik dalam mana-mana mahkamah atas guaman Pertubuhan dan boleh juga jika diarahkan sedemikian oleh
Lembaga didapatkan balik melalui potongan—
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 800
daripada gaji orang yang dikenakan surcaj itu; atau
daripada pencen orang yang dikenakan surcaj itu, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu per empat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.