Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian VII · Peruntukan Kewangan
54. Audit
Feedback & supportAkaun Pertubuhan hendaklah diaudit setiap tahun oleh
Ketua Audit Negara.
Ketua Audit Negara atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya hendaklah pada setiap masa yang munasabah mempunyai akses kepada buku, akaun dan dokumen lain Pertubuhan dan boleh, bagi maksud audit, menghendaki apa-apa penjelasan dan maklumat daripada, atau memeriksa, mana-mana pegawai dan pekhidmat
Pertubuhan.
Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu salinan laporan juruaudit dan apa-apa pemerhatian bersama dengan salinan akaun teraudit Pertubuhan.
Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya menghantar salinan laporan juruaudit dan apa-apa penyata akaun kepada mana-mana jabatan Kerajaan dan apa-apa penyata akaun kepada Ketua Audit
Negara sebagaimana yang perlu.