Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian VII · Peruntukan Kewangan
48. Perbelanjaan bagi pentadbiran
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 47, perbelanjaan boleh dilakukan oleh Pertubuhan daripada Kumpulan Wang setakat apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri sebagaimana yang ditetapkan, bagi mana-mana satu tahun, untuk menjalankan pentadbiran Sistem bagi maksud yang berikut:
membayar gaji, bonus, belanja cuti dan pertukaran, elaun perjalanan dan pampasan, ganjaran dan elaun ihsan, caruman kepada kumpulan wang faedah, kebajikan dan rekreasi pegawai dan pekhidmat Pertubuhan termasuklah pemberian pinjaman dan pendahuluan, dan perbelanjaan berkenaan dengan pejabat dan bayaran perkhidmatan lain yang diberikan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
membayar fi dan saraan lain kepada mana-mana juruaudit, aktuari, ejen, penasihat teknikal, jurubank, broker saham, juruukur, perunding atau mana-mana orang lain yang diambil bekerja untuk melaksanakan maksud Akta ini;
membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa benda lain termasuk menyewa mana-mana bangunan atau premis dalam melaksanakan fungsinya dan dalam
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 800
menjalankan kuasanya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Lembaga boleh, tertakluk pada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkan patut oleh Lembaga, mewakilkan kepada
Pengerusi Lembaga, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, mana-mana anggota Lembaga, Jawatankuasa atau jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 9, Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, atau pegawai dan pekhidmat Pertubuhan, kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau apa-apa wang lain yang terletak hak pada dan di bawah kawalan Lembaga setakat apa-apa had sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.