Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian XIX

184. Pendaftaran sebelum tarikh efektif

Feedback & support
(1)

Bagi maksud seksyen ini, mana-mana orang yang akan membuat suatu pembekalan bercukai adalah bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen ini jika terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa nilai keseluruhan pembekalan bercukainya dalam bulan tarikh efektif dan sebelas bulan sebaik selepas itu akan melebihi amaun pembekalan bercukai sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah di bawah subseksyen 20(1).

(2)

Mana-mana orang yang bertanggungan untuk berdaftar di bawah subseksyen (1) hendaklah memohon kepada Ketua

Pengarah untuk didaftarkan dan permohonan itu hendaklah dibuat tiga bulan sebelum tarikh efektif.

(3)

Ketua Pengarah boleh mendaftarkan orang di bawah subseksyen (1) pada atau dari tarikh efektif.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.

Report