Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian XIX

190. Section 190

Feedback & support
(1)

Seseorang berhak untuk suatu pembayaran balik khas yang bersamaan dengan amaun cukai jualan berkenaan dengan barang dalam pegangan tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

penuntut ialah seorang orang berdaftar di bawah seksyen 20 pada tarikh efektif;

(b)

penuntut pada tarikh efektif memegang barang bagi maksud membuat suatu pembekalan bercukai;

(c)

barang itu adalah bercukai di bawah Akta Cukai Jualan 1972

dan cukai jualan telah dikenakan kepada dan telah dibayar oleh penuntut; dan

(d)

penuntut mesti memegang invois pembekal yang berkenaan yang membuktikan bahawa penuntut itu ialah penerima yang baginya cukai jualan telah dikenakan atau dokumen import yang membuktikan bahawa penuntut ialah pengimport, penerima konsain atau pemunya yang baginya cukai jualan telah dibayar.

(2)

Dalam hal jika—

(a)

barang itu dibeli daripada pembekal selain dari seorang pengilang berlesen;

(b)

barang itu adalah bercukai di bawah Akta Cukai Jualan 1972;

dan

(c)

invois yang dipegang oleh orang itu bagi barang yang dibeli tidak menunjukkan bahawa cukai jualan telah dikenakan, dia berhak kepada suatu pembayaran balik khas yang bersamaan dengan dua puluh peratus daripada nilai barang yang dipegangnya itu pada tarikh efektif sebagaimana yang disahkan daripada invois itu didarab dengan kadar cukai jualan yang terpakai tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

penuntut ialah seorang orang berdaftar di bawah seksyen 20 pada tarikh efektif;

Cukai Barang dan Perkhidmatan 169

(b)

penuntut pada tarikh efektif memegang barang bagi maksud membuat suatu pembekalan bercukai; dan

(c)

penuntut telah membayar amaun sebagaimana yang ditunjukkan pada invois itu.

(3)

Jika suatu tuntutan pembayaran balik khas telah dibuat di bawah subseksyen (1) atau (2) dan kemudiannya penuntut memulangkan barang itu kepada pembekal, penuntut itu hendaklah mengakaun amaun pembayaran balik khas itu sebagai cukai outputnya dalam penyata bagi tempoh bercukai barang itu dipulangkan.

(4)

Pembayaran balik khas tidak terpakai bagi—

(a)

barang yang telah dipermodal di bawah prinsip perakaunan yang diterima pakai;

(b)

barang yang telah digunakan sebahagiannya atau digabungkan menjadi barang lain;

(c)

barang yang dipegang untuk disewa, barang yang dipegang untuk selain kegunaan perniagaan dan barang bukan untuk dijual atau pertukaran;

(d)

barang yang ke atasnya cukai jualan telah dibayar di bawah Akta Cukai Jualan 1972 sebelum tarikh efektif dan seterusnya untuk dieksport pada atau selepas tarikh efektif yang suatu tuntutan pengambilan balik ke atas cukai jualan dibayar itu akan dibuat di bawah seksyen 29

Akta yang sama; atau

(e)

barang yang ke atasnya penuntut dibenarkan untuk menuntut suatu potongan cukai jualan di bawah seksyen 31a Akta

Cukai Jualan 1972.

Report