Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian XIX

193. Perjanjian pembinaan yang dibuat sebelum tarikh efektif

Feedback & support
(1)

Seksyen ini hendaklah terpakai setakat yang suatu pembekalan barang atau perkhidmatan pembinaan yang berhubung dengan pembinaan, pembinaan semula yang besar, pembuatan atau penambahan suatu bangunan atau suatu kerja kejuruteraan awam oleh pembekal, dan barang atau perkhidmatan pembinaan itu adalah—

(a)

dibekalkan menurut suatu perjanjian bertulis yang dibuat sebelum tarikh efektif; dan

(b)

disediakan kepada penerima pada atau selepas tarikh efektif.

Undang-Undang Malaysia 172

(2)

Nilai semua kerja dan bahan yang digabungkan atau dipasang secara kekal di atas tapak pembinaan atau kerja kejuruteraan awam mengikut perjanjian itu hendaklah ditentukan pada permulaan tarikh efektif.

(3)

Cukai hendaklah genap masa dan kena dibayar ke atas pembekalan itu setakat nilai pembekalan itu melebihi nilai yang ditentukan di bawah subseksyen (2).

(4)

Bagi maksud menentukan nilai di bawah subseksyen

(2)

, seseorang orang kena cukai hendaklah mengemukakan kepada pegawai cukai barang dan perkhidmatan suatu perakuan yang ditandatangani oleh mana-mana orang yang diberi kuasa sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, mengesahkan nilai semua kerja dan bahan yang digabungkan atau dipasang secara kekal di atas tapak pembinaan atau kerja kejuruteraan awam.

(5)

Seksyen ini hendaklah hanya terpakai setakat yang nilai yang disebut dalam subseksyen (2) ditentukan—

(a)

mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;

dan

(b)

pada atau sebelum berakhirnya tempoh bercukai pertama pembekal selepas tarikh efektif atau suatu tarikh kemudian yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah.

Report