Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XIX
191. Tuntutan bagi pembayaran balik khas
Feedback & supportMana-mana orang yang berhak bagi suatu pembayaran balik khas di bawah seksyen 190 adalah layak menuntut hanya sekali dan tuntutan itu hendaklah dibuat kepada pegawai cukai barang dan perkhidmatan dalam suatu borang sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh efektif.
Undang-Undang Malaysia 170
Jika amaun pembayaran balik khas di bawah subseksyen (1)
adalah—
kurang daripada sepuluh ribu ringgit, penuntut hendaklah mengemukakan kepada pegawai cukai barang dan perkhidmatan suatu perakuan audit yang ditandatangani oleh seorang akauntan berkanun yang mengesahkan amaun pembayaran balik khas itu; atau
sepuluh ribu ringgit atau lebih, penuntut hendaklah mengemukakan kepada pegawai cukai barang dan perkhidmatan suatu perakuan audit yang ditandatangani oleh seorang juruaudit syarikat yang diluluskan di bawah seksyen 8 Akta Syarikat 1965 yang mengesahkan amaun pembayaran balik khas itu.
Jika apa-apa maklumat ke atas tuntutan yang diberikan oleh penuntut didapati palsu, tidak tepat, mengelirukan atau disalahnyatakan—
dia hendaklah tidak berhak kepada pembayaran balik khas dan pegawai cukai barang dan perkhidmatan boleh menolak tuntutan sedemikian; atau
dia hendaklah dikira sebagai tidak berhak untuk suatu pembayaran balik khas dan adalah menjadi sah bagi
Ketua Pengarah untuk mendapatkan apa-apa pembayaran balik yang telah dibayar kepada penuntut.
Tertakluk kepada subseksyen (3), pembayaran balik khas itu hendaklah dibayar balik setiap suku tahunan dalam ansuran yang sama rata bagi suatu tempoh dua tahun atau apa-apa tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah.
Jika suatu tuntutan telah dibuat di bawah subseksyen (1), barang itu hendaklah disifatkan sebagai telah diberi kredit bagi cukai input dan semua peruntukan di bawah Akta ini hendaklah terpakai sewajarnya.
Cukai Barang dan Perkhidmatan 171
Mengimbangi cukai belum bayar, dsb., terhadap pembayaran balik khas