Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XIX
186. Nilai pembekalan barang dan perkhidmatan
Feedback & supportJika suatu pembekalan barang atau perkhidmatan dikira sebagai telah berlaku pada atau selepas tarikh efektif, nilai pembekalan itu ialah amaun yang ditentukan di bawah seksyen 15, sebagaimana, pada pendapat Ketua Pengarah, tidak dihubungkaitkan secara munasabah dengan mana-mana bahagian barang yang dibekalkan atau perkhidmatan yang dilaksanakan sebelum tarikh efektif.