Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XIX
188. Pembekalan berperingkat atau berkala
Feedback & supportJika apa-apa pembekalan dibuat di bawah suatu perjanjian bagi suatu tempoh atau secara berperingkat bagi suatu tempoh sama ada pada lat-lat tempoh yang tetap atau tidak dan tempoh itu bermula sebelum tarikh efektif dan berakhir pada atau selepas tarikh efektif, bahagian pembekalan yang dihubungkaitkan dengan bahagian tempoh itu pada atau selepas tarikh efektif adalah dikenakan cukai.
Jika pembekalan di bawah subseksyen (1) ialah suatu pembekalan perkhidmatan, pembekalan itu hendaklah diambil sebagai dibuat secara berterusan dan secara sama rata sepanjang tempoh perjanjian itu.
Walau apa pun subseksyen (1), jika pembekalan dibuat di bawah suatu waranti berhubung dengan barang atau perkhidmatan sama ada ternyata, tersirat atau dikehendaki oleh undang-undang dan nilai waranti itu dimasukkan dalam harga barang atau perkhidmatan itu, tiada cukai hendaklah dikenakan atas pembekalan sedemikian.
Cukai Barang dan Perkhidmatan 167
Subseksyen (1) dan (2) tidak terpakai bagi—
suatu jualan barang jika cukai jualan telah dibayar atas jualan barang setakat yang diliputi oleh invois itu;
suatu penyediaan perkhidmatan jika cukai perkhidmatan telah dibayar atas perkhidmatan setakat yang diliputi oleh pembayaran atau invois; atau
apa-apa kontrak tiada peluang untuk dikaji semula di bawah seksyen 187.
Hak yang diberikan sepanjang hayat