Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XIX
189. Section 189
Feedback & supportSeksyen ini terpakai jika—
seseorang orang kena cukai, yang merupakan suatu kelab atau badan serupa lain, membuat suatu pembekalan perkhidmatan di bawah suatu perjanjian;
perjanjian itu memperuntukkan sama ada secara nyata atau secara tersirat bahawa suatu hak hendaklah diberikan atau boleh digunakan sepanjang hayat orang itu atau bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada tiga puluh tahun; dan
hak itu diberikan atau pertama kali boleh digunakan sebelum tarikh efektif.
Jika apa-apa pembayaran bagi hak yang diberikan atau yang boleh digunakan sepanjang hayat orang itu atau untuk suatu tempoh yang tidak kurang daripada tiga puluh tahun dibayar oleh anggota sedia ada atau anggota baru bagi suatu kelab atau badan serupa lain bagi apa-apa hak untuk menggunakan kemudahan kelab atau badan serupa lain, pembekalan perkhidmatan itu yang baginya apa-apa pembayaran telah dibuat—
sebelum tarikh efektif, hendaklah tidak dikenakan cukai;
dan
pada atau selepas tarikh efektif, hendaklah dikenakan cukai.
Undang-Undang Malaysia 168
Pembayaran balik khas cukai jualan bagi barang dalam pegangan