Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian XIX

192. Section 192

Feedback & support

Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, jika mana-mana orang tidak membayar, keseluruhannya atau sebahagiannya—

(a)

apa-apa amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti, fi atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini;

(b)

apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah Akta

Cukai Jualan 1972;

(c)

apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj yang terakru, apa-apa penalti atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975; atau

(d)

apa-apa amaun duti kastam atau duti eksais,

Ketua Pengarah boleh mengimbangkan, terhadap amaun yang masih belum dibayar yang disebut di dalam perenggan (a), (b), (c) atau (d), apa-apa amaun atau mana-mana bahagian daripada apa-apa pembayaran balik khas yang berhak kepada orang itu di bawah

Akta ini dan amaun yang diimbangkan itu hendaklah disifatkan sebagai pembayaran atau sebahagian daripada pembayaran yang diterima daripada orang itu.

Report