Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XIX
187. Kontrak tanpa peluang untuk dikaji semula
Feedback & supportSeksyen ini hendaklah terpakai jika—
suatu kontrak bertulis mengenal pasti secara khusus suatu pembekalan dan balasan bagi pembekalan itu; dan
apa-apa pembekalan yang dibuat menurut apa-apa kontrak tanpa peluang untuk dikaji semula yang dibuat tidak kurang daripada dua tahun sebelum tarikh efektif.
Jika suatu pembekalan dibuat sebelum yang lebih awal daripada yang berikut, iaitu—
lima tahun selepas tarikh efektif; atau
terdapat suatu peluang untuk kajian semula, pembekalan yang dibuat menurut suatu kontrak tanpa peluang untuk dikaji semula hendaklah dikira sebagai suatu pembekalan berkadar sifar:
Dengan syarat—
pembekal dan penerima pembekalan itu merupakan orang berdaftar;
pembekalan itu merupakan suatu pembekalan bercukai;
dan
penerima membuat pembekalan bercukai secara keseluruhannya.
Bagi maksud seksyen ini—
“kontrak tanpa peluang untuk dikaji semula” ertinya apa-apa kontrak atau perjanjian bertulis yang tidak mempunyai
Undang-Undang Malaysia 166
peruntukan untuk suatu kajian semula am bagi balasan itu untuk pembekalan itu untuk suatu tempoh sedemikian sehingga suatu peluang untuk kajian semula timbul;
“peluang untuk kajian semula” ertinya suatu peluang yang timbul bagi pembekal di bawah kontrak, yang bertindak sama ada sendirian atau dengan persetujuan satu pihak lain kepada kontrak itu atau lebih, untuk—
menukar balasan secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh pengenaan cukai;
mengendalikan, pada atau selepas tarikh efektif, suatu kajian semula am, rundingan semula atau pengubahan kepada balasan tersebut; atau
mengendalikan, sebelum tarikh efektif, suatu kajian semula am, rundingan semula atau pengubahan kepada balasan yang mengambil kira pengenaan cukai itu.