Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XIX
197. Benda yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat
Feedback & supportSegala perbuatan dan benda yang dilakukan oleh dan bagi pihak Ketua Pengarah sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan perbuatan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan benda yang dilakukan itu adalah selaras dengan niat dan maksud am Akta ini, dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat pelakuan perbuatan atau benda itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Ketua Pengarah.
Jika apa-apa kelulusan berkenaan dengan pendaftaran di bawah Bahagian IV diberikan dan jika apa-apa pelantikan berkenaan dengan ejen pembayaran balik yang diluluskan di bawah seksyen 61 atau ejen di bawah seksyen 65 atau ejen cukai di bawah seksyen 170 dibenarkan sebelum tarikh efektif, pendaftaran atau pelantikan sedemikian disifatkan sebagai dibuat di bawah Akta ini.
Kelulusan yang diberikan atau pelantikan yang dibenarkan sedemikian di bawah subseksyen (2) hendaklah berkuat kuasa mulai tarikh efektif sahaja.
Undang-Undang Malaysia 174