Skip to content

Seksyen 11

Kuasa Pendaftar untuk menggantung perakuan kebenaran

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 11 of 92
Seksyen 11
(1)

Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk menggantung perakuan kebenaran yang dikeluarkan di bawah seksyen 10 jika ada sesuatu tindakan terhadap orang untuk menentukan—

(a)

sama ada terdapat pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah Akta ini atau Akta Syarikat 2016; atau

(b)

sama ada terdapat pelanggaran mana-mana syarat atau sekatan yang dikenakan berhubung dengan kelulusan.

(2)

Apabila penentuan bagi perkara yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) atau (b) telah dibuat, Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk menggantung selanjutnya perakuan kebenaran jika Pendaftar berpuas hati bahawa terdapat kes terhadap syarikat pengurusan itu.