Skip to content

Seksyen 10

Perakuan kebenaran

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 10 of 92
Seksyen 10

(1)

Setelah permohonan diluluskan di bawah seksyen 9,

Pendaftar hendaklah memasukkan butir-butir skim itu dalam daftar dan—

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(a)

mengeluarkan perakuan kebenaran; dan

(b)

menguntukkan nombor kebenaran, kepada syarikat pengurusan itu berkenaan dengan skim itu.

(2)

Apabila mengeluarkan perakuan kebenaran,

Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.

(3)

Perakuan kebenaran yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa kehendak Akta ini berkenaan dengan pendaftaran telah dipatuhi dan bahawa skim itu telah didaftarkan di bawah Akta ini.