Skip to content

Seksyen 7

Pendaftaran skim kecil

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 7 of 92
Seksyen 7
(1)

Suatu permohonan bagi pendaftaran skim kecil boleh dibuat oleh suatu syarikat pengurusan dengan syarat bahawa syarikat pengurusan itu—

(a)

ialah suatu syarikat berhad menurut syer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 atau undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan;

(b)

menyatakan dalam perlembagaannya bahawa pengurusan skim kepentingan adalah salah satu daripada objektif utamanya;

(c)

memenuhi jumlah minimum modal berbayar sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan

(d)

tidak mengumpul dana melebihi nilai ambang sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.

(2)

Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-apa syarat lain yang difikirkannya patut bagi maksud pendaftaran skim kecil.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 778