Seksyen 9
Permohonan untuk pendaftaran skim
Suatu syarikat pengurusan boleh memohon kepada Pendaftar mengikut cara yang ditentukan oleh Pendaftar bagi pendaftaran satu atau lebih skim yang disebut dalam seksyen 5.
(2)
Suatu permohonan untuk mendaftarkan skim hendaklah dibuat kepada Pendaftar dengan memberikan maklumat yang berikut:
(a)
nama syarikat pengurusan itu;
Skim Kepentingan 19
(b)
nama dan alamat pengarah, setiausaha dan juruaudit syarikat pengurusan itu;
(c)
jika skim atau sebahagian daripada skim itu diuruskan oleh pihak ketiga, nama dan alamat pihak ketiga itu;
(d)
nama dan alamat pemegang amanah yang dilantik oleh syarikat pengurusan itu;
(e)
dalam hal suatu skim asing, nama dan alamat syarikat asing itu, pengarah dan ejennya di Malaysia sebagaimana yang disebut dalam Penggal 1 Bahagian V Akta Syarikat 2016 dan pemegang amanah yang dilantik oleh syarikat pengurusan itu;
(f)
amaun yang dicadangkan untuk dikumpulkan oleh skim itu; dan
(g)
apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Pendaftar.
(3)
Permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan dokumen yang berikut:
(a)
dalam hal suatu skim premium—
(i)
suatu salinan perlembagaan syarikat pengurusan itu;
(ii)
suatu prospektus; dan
(iii)
suatu surat ikatan amanah;
(b)
dalam hal suatu skim kecil—
(i)
suatu salinan perlembagaan syarikat pengurusan itu;
(ii)
suatu pernyataan penzahiran produk; dan 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 778
(iii)
suatu perjanjian kontraktual; atau
(c)
dalam hal suatu skim asing—
(i)
suatu salinan perakuan perbadanan syarikat asing itu di negara asalnya atau apa-apa dokumen lain yang setara;
(ii)
suatu salinan perlembagaan syarikat pengurusan itu;
(iii)
suatu salinan kelulusan atau pendaftaran oleh pihak berkuasa yang berkaitan di negara asalnya yang memberi kebenaran kepada syarikat asing itu untuk menawarkan kepentingan di bawah suatu skim;
(iv)
suatu salinan prospektus dan surat ikatan amanah yang diluluskan, atau apa-apa dokumen lain yang serupa di negara asal itu;
(v)
suatu prospektus; dan
(vi)
suatu surat ikatan amanah.
(4)
Apabila menimbangkan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (3), Pendaftar boleh mengarahkan syarikat pengurusan itu untuk mengemukakan dokumen lain atau maklumat atau penjelasan lanjut.
(5)
Berhubung dengan suatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini, Pendaftar boleh—
(a)
menghendaki syarikat pengurusan itu untuk hadir di hadapan Pendaftar untuk representasi secara sendiri;
(b)
mengarahkan syarikat pengurusan itu untuk memberikan pampasan kepada mana-mana orang yang telah membeli
Skim Kepentingan 21
apa-apa kepentingan dalam skim itu sebelum permohonan itu; atau
(c)
menghalang syarikat pengurusan itu daripada menjalankan aktiviti yang berikut, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, aktiviti yang dijalankan sebelum permohonan itu:
(i)
mempromosi apa-apa kepentingan yang berhubungan dengan suatu skim kepada orang awam;
(ii)
menguruskan atau menjana kepentingan dalam produknya atau menawarkan produk;
(iii)
mencetak, menerbitkan atau mengedarkan atau menyebabkan dicetak, diterbitkan atau diedarkan, bahan bertulis yang mempromosikan skim kepentingan;
(iv)
membuat apa-apa syor atau menawarkan nasihat, sama ada secara lisan atau bertulis, kepada mana-mana orang berhubung dengan suatu produk atau suatu keputusan seseorang mengenai sama ada untuk melabur dalam suatu produk atau tidak; atau
(v)
mendorong, mencari, mengumpulkan atau menerima wang daripada seseorang berhubung dengan skim itu.
(6)
Pendaftar boleh meluluskan atau menolak permohonan itu jika
Pendaftar tidak berpuas hati dengan butir-butir atau maklumat lain yang diberikan di bawah peruntukan Akta ini.