Seksyen 15
Peruntukan yang terpakai bagi skim asing berdasarkan perkiraan kesalingan
Jika, di bawah—
(a)
mana-mana undang-undang suatu negara asing; atau
(b)
mana-mana tindakan pengawalseliaan atau penyeliaan diambil oleh suatu pihak berkuasa atau badan di suatu negara asing, suatu syarikat yang menawarkan skim telah digantung, hilang kelayakan atau disekat daripada mentadbir suatu skim di negara itu,
Menteri boleh melalui notis yang disampaikan ke atas orang yang berkaitan dengan negara itu yang mentadbir atau berniat untuk mentadbir suatu skim di Malaysia, menggantung, menghilangkan kelayakan atau menyekat perniagaan orang itu mengikut cara yang serupa.
(2)
Notis di bawah subseksyen (1) tidak boleh disampaikan melainkan jika—
(a)
notis itu adalah demi kepentingan negara; atau
(b)
Menteri telah berunding dengan orang yang berkaitan itu atau, jika wajar, suatu badan yang mewakili kepentingan orang yang terjejas.
(3)
Notis itu hendaklah—
(a)
menyatakan alasan notis itu diberikan;
(b)
mengenal pasti negara di mana orang itu mempunyai kaitan;
(c)
menyatakan tarikh notis itu mula berkuat kuasa; dan
(d)
memberikan tempoh yang munasabah untuk melengkapkan pelaksanaan transaksi yang dibuat sebelum tarikh notis itu
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 778
mula berkuat kuasa atau bagi penamatan kontrak yang bersifat berterusan.
(4)
Notis dalam subseksyen (1) boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan, kehilangan kelayakan, sekatan secara keseluruhan atau sebahagian daripada pentadbiran skim oleh seseorang dan boleh memperuntukkan bagi—
(a)
penarikan balik pendaftaran atau kelulusan suatu skim di
Malaysia;
(b)
kehilangan kelayakan seseorang untuk mendaftarkan suatu skim di bawah Akta ini; atau
(c)
sekatan, secara keseluruhan atau sebahagian, ke atas seseorang berkenaan dengan pentadbiran suatu skim.
(5)
Suatu notis yang menyekat sebahagian daripada pentadbiran suatu skim boleh melarang seseorang daripada—
(a)
membuat transaksi daripada jenis yang dinyatakan atau membuat transaksi mengikut keadaan yang dinyatakan atau sehingga takat yang dinyatakan;
(b)
mencari pelaburan daripada jenis yang dinyatakan atau daripada orang yang dinyatakan; atau
(c)
mentadbir suatu skim mengikut cara yang dinyatakan.
(6)
Bagi maksud seksyen ini, seseorang mempunyai kaitan dengan suatu negara asing, jika—
(a)
dalam hal seorang individu, dia ialah warganegara atau pemastautin—
(i)
di negara itu dan mentadbir suatu skim dari tempat perniagaan utama negara itu atau di Malaysia; atau
Skim Kepentingan 27
(ii)
di Malaysia dan mentadbir suatu skim dari tempat perniagaan utama negara itu; atau
(b)
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, pertubuhan perbadanan itu diperbadankan atau mempunyai tempat perniagaan utama—
(i)
di negara itu atau dikawal oleh seseorang yang ada kaitan dengan negara itu atau Malaysia; atau
(ii)
di Malaysia atau dikawal oleh seseorang yang ada kaitan dengan negara itu.