Seksyen 6
Pendaftaran skim premium
ActIn forceProvision 6 of 92
Seksyen 6
(1)
Suatu permohonan untuk pendaftaran skim premium boleh dibuat oleh suatu syarikat pengurusan dengan syarat bahawa syarikat pengurusan itu—
(a)
ialah suatu syarikat awam berhad menurut syer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 atau undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan;
Skim Kepentingan 17
(b)
menyatakan dalam perlembagaannya bahawa pengurusan skim kepentingan adalah salah satu daripada objektif utamanya; dan
(c)
memenuhi jumlah minimum modal berbayar sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2)
Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-apa syarat lain yang difikirkannya patut bagi maksud pendaftaran skim premium.