Skip to content

Seksyen 13

Rayuan kepada Menteri mengenai pembatalan

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 13 of 92
Seksyen 13
(1)

Suatu syarikat pengurusan yang terkilan dengan keputusan

Pendaftar di bawah seksyen 12 boleh merayu kepada Menteri secara bertulis dalam masa tiga puluh hari selepas keputusan itu diberitahu.

(2)

Jika suatu rayuan dibuat di bawah subseksyen (1), keputusan

Pendaftar di bawah seksyen 12 tidak berkuat kuasa sehingga rayuan itu diputuskan oleh Menteri.

(3)

Dalam suatu rayuan, Menteri boleh mengesahkan, mengubah atau mengetepikan keputusan Pendaftar atau membuat apa-apa keputusan yang difikirkan patut oleh Menteri.