Interest Schemes Act 2016 · Updated to 1 Mar 2018 · Bahagian VII · Pentadbiran Akta
79. Bentuk dokumen, penggunaan komputer dan cara lain bagi perekodan dokumen
Feedback & supportDokumen dan rekod syarikat pengurusan yang disebut dalam seksyen 77 hendaklah—
dalam bentuk bertulis; atau
dalam bentuk atau cara, elektronik atau selainnya, yang membolehkan dokumen dan maklumat mudah diakses dan dikeluarkan semula ke dalam bentuk bertulis.
Syarikat pengurusan hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk menghalang dokumen dan rekod yang disimpan dalam bentuk yang disebut dalam subseksyen (1) daripada dipalsukan.
Jika syarikat pengurusan mendapati bahawa suatu dokumen atau rekod telah dipalsukan, syarikat pengurusan itu hendaklah memberitahu Pendaftar, dan Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk mengarahkan syarikat pengurusan itu untuk—
meminda, membetulkan atau mengubah dokumen atau rekod itu sebagaimana yang perlu; atau
mengambil apa-apa tindakan lain yang difikirkan patut oleh Pendaftar.
92 Undang-Undang Malaysia AKTA 778
Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.