Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2018Read it in English

Bahagian VII · Pentadbiran Akta

80. Pemeriksaan daftar dan dokumen di pejabat berdaftar

Feedback & support
(1)

Mana-mana daftar atau dokumen yang dikehendaki untuk tersedia bagi pemeriksaan di bawah Akta ini, hendaklah dijadikan tersedia bagi pemeriksaan kepada mana-mana orang yang diberi kuasa di bawah Akta ini untuk memeriksa daftar atau dokumen itu di pejabat berdaftar syarikat pengurusan atau mana-mana tempat lain yang dibenarkan oleh Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang diberi kuasa di bawah Akta ini untuk memeriksa daftar atau dokumen itu hendaklah dibenarkan untuk membuat salinan atau mengambil dokumen atau sebahagian daripadanya, atau mengambil cabutan daripada dokumen itu.

(3)

Syarikat pengurusan hendaklah menyediakan kemudahan yang sesuai untuk membolehkan dokumen itu diperiksa.

(4)

Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Report