Seksyen 81
Pendaftar
ActIn forceProvision 81 of 92
Seksyen 81
(1)
Pendaftar hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, menyimpan daftar sebagaimana yang difikirkannya perlu dalam apa-apa bentuk yang difikirkannya patut.
(2)
Mana-mana orang boleh, setelah membayar fi yang ditetapkan—
Skim Kepentingan 93
(a)
memeriksa apa-apa dokumen yang difailkan atau diserah simpan dengan Pendaftar;
(b)
meminta perakuan kebenaran suatu skim atau apa-apa perakuan lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini; atau
(c)
meminta suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa dokumen yang dia berhak untuk memeriksa di bawah perenggan (a) atau apa-apa perakuan yang disebut dalam perenggan (b) untuk diberikan dan diperakui oleh
Pendaftar.