Skip to content

Seksyen 82

Pernyataan yang palsu dan mengelirukan

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 82 of 92
Seksyen 82
(1)

Tiap-tiap syarikat pengurusan yang mengiklankan, mengedarkan atau menyiarkan apa-apa penyata, laporan, perakuan, penyata kewangan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh atau bagi maksud Akta ini membuat atau membenarkan supaya dibuat suatu pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material yang diketahuinya sebagai palsu atau mengelirukan atau dengan sengaja meninggalkan atau membenarkan peninggalan itu atau penerimaan apa-apa perkara atau benda yang menjadikan dokumen itu mengelirukan dalam hal material dan tiap-tiap pegawai syarikat pengurusan yang diketahuinya membenarkan, mengarahkan atau bersetuju dengan pengiklanan, pengedaran atau penyiaran itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal suatu syarikat pengurusan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit; dan

(b)

dalam hal pegawai syarikat pengurusan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

(2)

Tiap-tiap orang yang dalam apa-apa penyata, laporan, perakuan, penyata kewangan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh atau bagi maksud Akta ini—

94 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(a)

membuat atau membenarkan supaya dibuat suatu pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material yang diketahuinya sebagai palsu; atau

(b)

mengelirukan atau dengan sengaja meninggalkan atau membenarkan peninggalan itu atau penerimaan apa-apa perkara atau benda yang menjadikan dokumen itu mengelirukan dalam hal material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

(3)

Jika seseorang pada sesuatu mesyuarat yang mengundi menyokong supaya pernyataan yang disebut dalam seksyen ini dibuat yang diketahuinya sebagai palsu, dia hendaklah disifatkan telah membenarkan pernyataan itu dibuat.