Seksyen 92
Kecualian dan peralihan
Pada permulaan kuat kuasa Akta ini, apa-apa skim yang diiktiraf hendaklah disifatkan telah didaftarkan sebagai skim premium di bawah Akta ini.
(2)
Apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Pendaftar atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada mana-mana skim yang diiktiraf dan berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai suatu syarat atau sekatan yang baginya kelulusan untuk pendaftaran di bawah ini Akta tertakluk.
(3)
Apa-apa kelulusan, arahan, keputusan, pemberitahuan, pengecualian dan tindakan eksekutif lain, walau apa jua dipanggil, yang diberikan, dibuat atau dilakukan di bawah, mengikut atau menurut kuasa peruntukan bersamaan Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa berhubung dengan orang yang baginya kelulusan, arahan, keputusan, pemberitahuan, pengecualian dan tindakan eksekutif itu terpakai sehingga dipinda, dimansuhkan,dihapuskan, dibatalkan, digantikan atau diubah di bawah, mengikut atau menurut kuasa peruntukan bersamaan Akta ini.
(4)
Tiada apa-apa boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan atau pelanggaran yang dilakukan di bawah Bahagian IV Penggal 5 *Akta Syarikat 1965
[Akta 125] sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini atau mana-mana prosiding yang dibawa, hukuman yang dikenakan atau tindakan yang diambil sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan atau pelanggaran itu.
(5)
Apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti itu tidaklah terjejas oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Skim Kepentingan 101
(6)
Dalam seksyen ini, “skim yang diiktiraf” ertinya skim yang berhubungan dengan suatu kepentingan yang surat ikatan amanah dan prospektusnya telah didaftarkan dengan sewajarnya di bawah *Akta
Syarikat 1965.