Seksyen 83
Nilai keterangan salinan yang diperakui oleh Pendaftar
ActIn forceProvision 83 of 92
Seksyen 83
(1)
Suatu salinan atau cabutan daripada mana-mana dokumen yang diserah simpan atau difailkan dengan Pendaftar, yang diperakui sebagai salinan sebenar atau cabutan di bawah tandatangan dan meterai Pendaftar hendaklah dalam apa-apa prosiding diterima sebagai keterangan yang mempunyai kesahan yang sama dengan dokumen asal.
(2)
Sebutan dalam subseksyen (1) mengenai suatu dokumen termasuk, jika pengeluaran semula dokumen itu telah digabungkan dengan daftar yang disimpan oleh Pendaftar, sebutan mengenai pengeluaran semula itu.
Keterangan kehendak berkanun