Interest Schemes Act 2016 · Updated to 1 Mar 2018 · Bahagian VII · Pentadbiran Akta
90. Section 90
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi penjalanan yang lebih baik tujuan dan maksud Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
menetapkan penubuhan dan pentadbiran dana pampasan bagi maksud skim kepentingan yang didaftarkan di bawah
Akta ini dan cara dana pampasan akan diguna pakai;
menetapkan penyerahsimpanan atau pendaftaran dokumen dan masa serta cara pengemukaan dokumen bagi penyerahsimpanan atau pendaftaran;
Skim Kepentingan 99
menetapkan fi yang kena dibayar kepada Pendaftar berkenaan dengan apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk diserah simpan, difailkan dan didaftarkan dengan atau yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah Akta ini atau apa-apa tindakan yang dikehendaki untuk dilaksanakan oleh Pendaftar atau bagi pemeriksaan mana-mana dokumen itu;
menetapkan fi yang kena dibayar kepada Pendaftar berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Pendaftar; atau
menetapkan apa-apa perkara lain yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi menguatkuasakan Akta ini.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang berlanggaran dengan mana-mana peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.