Skip to content

Seksyen 106

Relif-relif Lain

of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

ActIn forceProvision 95 of 121
Seksyen 106

(1)

Jika—

(a)

sesuatu. perbicaraan hal-ehwal suami-isteri belum selesai; atau

(b)

sesuatu perintah telah dibuat di bawah seksyen 56, 59, atau 73 dan belum lagi dibatalkan; atau

(c)

nafkah kena dibayar di bawah sesuatu per-janjian kepada atau untuk faedah seorang isteri atau isteri yang dahulu atau anak,

Mahkamah adalah berkuasa atas permohonan—

(i)

jika ia berpuas hati bahawa apa-apa perpin-dahan harta telah dilakukan oleh suami atau suami yang dahulu atau ibu atau bapa bagi orang yang telah membuat atau yang bagi pinaknya telah dibuat permohonan itu, dalam masa tiga tahun sebelumnya, dengan tujuan di pihak orang yang melakukan per-pindahan itu hendak mengurangkan kemam-puannya membayar nafkah atau kemampuan suami itu membayar mut’ah atau hendak meng-halangi isterinya daripada apa-apa hak ber-hubungan dengan harta itu, tertakluk kepada subseksyen (2), menghendaki orang yang mem-buat perpindahan itu membatalkan per-pindahan itu; dan

(ii)

jika ia berpuas hati bahawa sesuatu perpin-dahan harta dicadang hendak dilakukan dengan sesuatu tujuan yang demikian, memberi suatu tegahan menahan perpindahan itu.

(2)

Bagi maksud-maksud seksyen ini—

“harta” ertinya apa-apa jenis harta, alih atau takalih, dan termasuklah wang;

[Bah. VI-VIIT, 5. 106-108]

UNDANG-UNDANG KBLUARGA ISLAM 65

“perpindaban” termasuklah sesuatu penjualan, pem-berian, pajakan, gadai janji, atau apa-apa transakai lain yang dengannya pemnunyaan atau pemilikan harta itu adalah dipindahmilik atau dibebankan tetapi tidak termasuk sesuatu perpindahan yang dilakukan kerana wang atau sesuatu bernilai wang kepada atau untuk faedah seseorang yang bertindak dengan suci hati dan dengan tidak mengetahui tujuan perpindahan itu di-lakukan.

(3)

Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.