Seksyen 87
of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
Seksyen 87
Sesuatu perintah jagaan boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan oleh Mahkamah patut dikenakan dan, tertakluk kepada syarat-syarat, jika ada, yang dipakai dari semasa ke semasa, perintah itu adalah menghakkan orang yang diberi jagaan itu untuk memutuskan semua soal berhubungan dengan pendidikan dan pelajaran kanak-kanak itu.
Kuasa
Mahkamah membuat perintah mengenai penjagaan.
< Adtoa
Perintah tertakluk kepada syarat-syarat,
[Bsh. VI, S. 87-88]
Orang-orang yang berhak kepada penjagaan.
56 AKTA 303
(2)
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), se-suatu perintah jagaan boleh—
(a)
mengandungi syarat-syarat tentang tempat di mana kanak-kanak itu akan tinggal dan cara pelajarannya;
(b)
mengadakan peruntukan bagi kanak-kanak itu iberada bagi sementara dalam pemeliharaan dan kawalan seseorang yang lain daripada orang yang diberi jagaan itu;
(c)
mengadakan peruntukan bagi kanak-kanak itu melawat ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau seseorang dari keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan pada masa-masa dan bagi apa-apa tempoh sebagai-ana, yang difikirkan munasabah oleh Mah-amah;
(d)
memberi ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau seseorang dari keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan hak untuk berjumpa dengan kanak-kanak itu pada masa-masa dan dengan seberapa kerap yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah; atau
(e)
melarang orang yang diberi jagaan itu daripada membawa kanak-kanak itu keluar dari
Malaysia.