Seksyen 96
of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
Seksyen 96
Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak yang dilantik oleh Mahkamah tidak boleh, tanpa kebenaran Mahkamah—
(a)
menjual, menggadaikan, menggadai janji, me-nukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta takalih kanak-kanak itu; atau
(b)
memajakkan mana-mana tanah kepunyaan kanak-kanak itu selama tempoh lebih daripada satu tahun.
(2)
Apa-apa pelupusan harta seseorang kanak-kanak yang dilakukan bersalahan dengan seksyen ini boleh ditetapkan sebagai taksah, dan atas penetapan itu Mah-kamah boleh membuat apa-apa perintah yang pada pendapatnya perlu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan itu kepada kanak-kanak itu.
(3)
Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa pe-tintah di bawah subseksyen (2) melainkan jika perlu atau baik bagi kepentingan kanak-kanak itu.
97, Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak yang dilantik oleh Mahkamah tidak boleh, me-lainkan jika Mahkamah memerintah sebaliknya dalam suatu hal, diberi kuasa untuk memberi akuan penye-lesaian yang sewajarnya bagi apa-apa legasi atau apa-apa wang modal lain yang kena dibayar kepada, atau boleh diterima oleh kanak-kanak itu.