Skip to content

Seksyen 85

of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

ActIn forceProvision 79 of 121

Seksyen 85

Penjagaan kanak-kanak tak sahtaraf adalah se-mata-mata pada ibu dan saudara mara ibu.

[Bah. VII, 8. 86-87)

UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 55

86, (1) Walau apa pun peruntukan seksyen 81, Mahka-mah boleh pada bila-bila masa dengan perintah memilih untuk meletakkan seseorang kanak-kanak dalam jagaan salah seorang daripada orang-orang yang tersebut di dalam seksyen itu atau, jika ada hal keadaan yang luar biasa yang menyebabkan tidak diingini bagi kanak-kanak itu diamanahkan kepada salah seorang daripada orang-orang itu, Mahkamah boleh dengan perintah meletakkan kanak-kanak itu dalam jagaan mana-mana orang lain atau mana-mana persatuan yang tujuan-tujuannya adalah termasuk kebajikan kanak-kanak.

(2)

Untuk memutuskan dalam jagaan siapakah se-seorang kanak-kanak patut diletakkan, pertimbangan yang utama ialah kebajikan kanak-kanak itu dan, ter-takluk kepada pertimbangan itu, Mahkamah hendak-lah memberi perhatian kepada—

(a)

kemahuan-kemahuan ibu bapa kanak-kanak itu; dan

(b)

kemahuan-kemahuan kanak-kanak itu, jika dia telah meningkat umur dapat menyatakan se-suatu pendapatnya sendiri.

(3)

Adalah menjadi suatu anggapan yang boleh di-patahkan bahawa adalah untuk kebaikan seseorang kanak-kanak dalam masa dia kecil supaya berada ber-sama ibunya, tetapi pada memutuskan sama ada anggapan itu dipakai bagi fakta-fakta sesuatu kes ter-tentu, Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada tidak baiknya mengacau kehidupan seseorang kanak-kanak dengan bertukar-tukarnya jagaan.

(4)

Jika ada dua orang atau lebih kanak-kanak dari sesuatu perkahwinan, Mahkamah tidaklah terikat me-letakkan kedua-dua atau kesemuanya dalam jagaan orang yang sama tetapi hendaklah menimbangkan kebajikan tiap-tiap seorangnya secara berasingan.