Seksyen 83
Hak seseorang perempuan terhadap hadanah ada-lah hilang—
of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
(a)
jika perempuan itu béfkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu dalam mana orang lelaki itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, tetapi adalah kembali semula apabila per-kahwinan itu dibubarkan;
(b)
jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
(c)
jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;
(d)
jika perempuan itu murtad;
(e)
jika perempuan itu mencuaikan atau meng-aniaya kanak-kanak itu.