Skip to content

Seksyen 98

of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

ActIn forceProvision 88 of 121

Seksyen 98

(1)

Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak yang dilantik oleh Mahkamiah boleh membuat peruntukan yang berpatutan dari pendapatan harta itu untuk menanggung nafkah dan pelajaran kanak-kanak itu memandang kepada taraf kehidupan kanak-kanak itu; tetapi tiada apa-apa jumlah wang lebih daripada tiga ratus ringgit sebulan boleh digunakan sedemikian tanpa kebenaran Mahkamah.

[Bah. VII, S. 98-99]

UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 61

(WiLAYAH PERSEKUTUAN)

(2)

Jika pendapatan dari harta kanak-kanak itu yang ada dalam tangan penjaga itu tidak mencukupi bagi maksud itu, atau jika wang adalah dikehendaki untuk kemajuan kanak-kanak itu, maka Mahkamah boleh memerintahkan supaya peruntukan bagi maksud itu diadakan dari harta modal kanak-kanak itu dan, bagi maksud itu, Mahkamah boleh membenarkan apa-apa bahagian dari harta kanak-kanak itu dijual, digadaikan, atau digadai janji dan boleh memberi apa-apa arahan

Mengenainya sebagaimana yang perlu bagi kepentingan kanak-kanak itu.