Skip to content

Seksyen 88

Penjagaan ke atas Orang dan Harta

of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

ActIn forceProvision 81 of 121
Seksyen 88
(1)

Sungguh pun hak terhadap hadanah atau pen-jagaan anak mungkin terletak pada seseorang lain, bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi-menjaga anaknya itu adalah turun kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan ke-utamaan yang berikut, iaitu—

(a)

datuk lelaki di sebelah bapa;

(b)

wasi yang dilantik menurut wasiat bapa;

(c)

wasi kepada wasi bapa;

(d)

wasi datuk lelaki di sebelah bapa;

(e)

wasi kepada wasi datuk di sebelah bapa, dengan syarat bahawa dia adalah seorang Islam, se-orang dewasa, adalah siuman, dan boleh dipercayai.

(Bah. VII, S. 88-89)

UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 57

(2)

Bapa adalah sentiasa mempunyai kuasa paling luas untuk membuat melalui wasiat apa-apa perkiraan yang difikirkannya baik sekali berhubung dengan pen-jagaan anak-anaknya yang masih kanak-kanak dan berhubung dengan hal memperlindungi kepentingan-kepentingan mereka, dengan syarat bahawa dia adalah siuman sepenuhnya.

(3)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai jika had-had dan syarat-syarat bagi suratcara yang meletakkan harta pada kanak-kanak itu terang-terang tidak membenar-kan orang-orang yang tersebut di dalamnya daripada menjalankan apa-apa kuasa ke atas harta itu, dan dalam hal yang demikian Mahkamah hendaklah me-lantik seorang penjaga bagi harta kanak-kanak itu.

(4)

Bagi maksud-maksud penjagaan ke atas diri dan harta, seseorang hendaklah disifatkan sebagai kanak-kanak melainkan dia telah genap umur lapan belas tahun.