Seksyen 99
of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
Seksyen 99
Jika memandang kepada taraf kehidupan kanak-kanak itu dan kepada nilai hartanya dan juga kepada segala hal keadaan kes yang berkenaan adalah didapati bermanfaat supaya harta modal kanak-kanak itu digunakan bagi menanggung nafkah, pelajaran, atau kemajuannya dengan cara yang boleh mengelak-kan belanja bagi membuat permohonan kepada Mah-kamah, maka Mahkamah, daripada melantik seorang penjaga bagi harta kanak-kanak itu, boleh memerintah-kan supaya segala harta kanak-kanak itu, dari apa jua jenis pun, diletakkan dalam tangan seseorang yang akan dilantik oleh Mahkamah, dengan kuasa penuh untuk membuat apa-apa urusan dan untuk menggunakan harta itu bagi maksud yang tersebut di atas menurut budi bicaranya sendiri bebas dari apa-apa kawalan; dan dalam hal yang demikian resit dari orang yang dilantik itu adalah menjadi akuan penyelesaian yang sewajarnya bagi sesiapa jua yang membuat apa-apa pembayaran atau pindahmilik apa-apa harta kepadanya bagi pihak kanak-kanak itu.
(2)
Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen
(1)
boleh diperintahkan oleh Mahkamah supaya mengemukakan suatu akaun mengenai urusan-urusan yang dibuat olehnya mengenai harta kanak-kanak itu.
(3)
Mahkamah boleh, kerana sesuatu sebab yang memadai, membatalkan apa-apa perintah, atau me-mansuhkan apa-apa perlantikan, yang dibuat di bawah subseksyen (1), dan boleh melantik seorang lain dengan memberi kepadanya kuasa yang sama atau apa-apa kuasa yang lebih besar atau lebih kecil yang difikirkannya patut, atau boleh melantik seorang penjaga bagi harta kanak-kanak itu.
Perintah khas mengenai harta kecil.
{Bah, VI, S. 100-102]
62 AKTA 303
Permohonan 100, Seseorang penjaga boleh memohon kepada Mah-untuk men-dapatkan pendapat, dsb.
Perintah larangan oleh
Mahkamah.
Penjaga bag! anak yatim. '
Akta 232, kamah untuk mendapatkan pendapat, nasihat, atau budi bicaranya atas apa-apa soal mengenai pengurusan atau pentadbiran harta kanak-kanak itu.