Seksyen 89
of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
Seksyen 89
Berkenaan dengan harta takalih, seseorang penjaga di sisi undang-undang tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menjual, kecuali dalam hal-hal yang berikut, iaitu—
(a)
jika, dengan menjual harta itu kepada orang luar, dia boleh mendapat harga sekurang-kurangnya dua kali ganda harga harta itu;
(b)
jika kanak-kanak itu tidak mempunyai apa-apa mata pencarian lain, dan penjualan itu adalah benar-benar perlu untuk menanggung nafkah-nya, dan kanak-kanak itu tidak mempunyai apa-apa harta lain;
(c)
jika harta itu perlu dijual bagi maksud men-jelaskan hutang pewasiat, yang tidak dapat diselesaikan jika harta itu tidak dijual;
(d)
jika ada sesuatu peruntukan am dalam wasiat pewasiat itu yang tidak dapat dikuatkuasakan dengan tidak dijual harta itu;
(e)
jika pendapatan yang terkumpul dari harta pesaka itu tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaan yang telah dilakukan dalam meng:
uruskannya dan un:uk membayar hasil tanah;
Kuasa ke atas harta takalih dan harta alih.
[Bah. VII, S. 89-90]
58 AKTA 303
(f)
jika harta itu sedang diancami bahaya yang akan menyebabkannya menjadi musnah atau binasa oleh kerana reput;
(g)
jika harta itu ada dalam tangan orang yang tidak berhak kepadanya, dan penjaga itu ada sebab bagi mengkhuatiri bahawa tidak ada peluang bagi mendapatkan pemulihan yang saksama; atau
(h)
dalam sesuatu hal lain, jika harta itu benar-benar perlu dijual atas alasan-alasan lain yang dibenarkan oleh Hukum Syara’ dan penjualan itu adalah nyata atau jelas sekali untuk faedah kanak-kanak itu.
(2)
Berkenaan dengan harta alih, seseorang penjaga di sisi undang-undang adalah mempunyai kuasa men-jual atau menyandarkan barang-barang dan harta-benda kanak-kanak itu, jika dia berkehendakkan keper-luan-keperluan yang mustahak, seperti makanan, pakaian dan asuhan; dan jika harta alih seseorang kanak-kanak adalah dijual dengan ikhlas dan jujur bagi sesuatu balasan yang memadai dengan tujuan untuk melaburkan hasil jualan itu dengan selamat dan untuk memperolehi pendapatan tambahan, maka penjualan harta itu hendaklah dikira sebagai sah.
Perlantikan 90, (1) Jika tidak ada penjaga-penjaga di sisi undang-penjaga-
penjaga undang, maka kewajipan bagi melantik seseorang pen-See anal jaga untuk memperlindungi dan memelihara harta kanak-kanak itu adalah terletak ke atas Mahkamah dan pada membuat sesuatu perlantikan Mahkamah hendaklah terutama sekali memberi pertimbangan-pertimbangan kepada kebajikan kanak-kanak itu.
(2)
Pada menimbangkan apakah akan menjadi ke-bajikan bagi kanak-kanak itu, Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang umur dan jantina kanak-kanak itu, watak dan kebolehan penjaga yang dicadang-kan itu dan bagaimana karibnya persaudaraannya dengan kanak-kanak itu; kemahuan-kemahuan, jika
[Bah. VII, S. 90-95]
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 59
ada, ibu bapanya yang telah mati, dan apa-apa hubungan penjaga yang dicadangkan itu yang sedia ada dan yang dahulu dengan kanak-kanak itu atau dengan hartanya, dan jika kanak-kanak itu telah men-capai umur membolehkannya untuk membuat sesuatu pilihan yang bijak, maka Mahkamah boleh menimbang-kan pilihannya itu.