Skip to content

Seksyen 93

of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

ActIn forceProvision 85 of 121

Seksyen 93

Pada melantik seseorang penjaga bagi harta se-seorang kanak-kanak, Mahkamah boleh, dengan pe-rintah, menentukan, menyekat, atau memperluaskan kuasa penjaga berhubungan dengannya, setakat mana yang perlu bagi kebajikan kanak-kanak itu.

94, Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari se-masa ke semasa memecat seseorang penjaga, sama ada seorang ibu bapa atau orang lain dan sama ada dia adalah penjaga bagi diri atau harta kanak-kanak, dan boleh melantik seorang lain menjadi penjaga untuk menggantikannya.