Seksyen 102
Pelesenan perniagaan insurans Labuan dan aktiviti berkaitan insurans Labuan
of Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010
Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengurusniagakan atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan atau mengurusniagakan apa-apa perniagaan insurans Labuan melainkan jika orang itu ialah—
(a)
syarikat Labuan;
(b)
syarikat Labuan asing; atau
(c)
cawangan suatu penanggung insurans Malaysia, dan memegang lesen insurans yang sah.
(2)
Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengurusniagakan atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan atau mengurusniagakan apa-apa perniagaan sebagai pengurus insurans
Labuan, pengurus pengunderaitan Labuan atau broker insurans
Labuan atau mana-mana aktiviti berkaitan insurans Labuan yang lain melainkan jika orang itu memegang lesen insurans yang sah.
(3)
Kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Lembaga terlebih dahulu, seseorang yang bukan pemegang lesen insurans tidak boleh memakai atau menggunakan perkataan “penanggung insurans
Labuan”, “pengurus insurans Labuan”, “pengurus pengunderaitan
Labuan”, “broker insurans Labuan” atau apa-apa terbitan daripada perkataan itu dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan orang itu menjalankan perniagaan insurans Labuan atau aktiviti berkaitan insurans Labuan.
(4)
Seksyen ini tidaklah terpakai bagi pemegang lesen bank sebagaimana yang ditakrifkan dalam Bahagian VI, yang mengagihkan produk insurans bagi penanggung insurans Labuan tertakluk pada kelulusan bertulis daripada Lembaga terlebih dahulu.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 121