Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian III

29. Dana persendirian hendaklah menyerahkan memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain

Feedback & support
(1)

Suatu dana persendirian hendaklah menyerahkan memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain yang berhubungan dengan dana persendirian itu yang berupa memperihalkan perniagaan dan hal ehwal dana persendirian itu kepada Lembaga.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 61

(2)

Memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diserahkan oleh suatu dana persendirian melalui entiti berlesen yang hendaklah berpuas hati dengan semunasabahnya bahawa—

(a)

memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain yang diserahkan itu merujuk kepada suatu dana persendirian sebagaimana yang ditakrifkan di bawah

Bahagian ini; dan

(b)

tidak terdapat unsur fraud dalam penubuhan dana persendirian itu.

(3)

Sesuatu memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain yang diserahkan oleh suatu dana persendirian hendaklah disifatkan sebagai suatu prospektus setakat yang memorandum maklumat itu adalah berhubungan dengan liabiliti dana persendirian itu bagi apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau yang mengelirukan atau yang daripadanya terdapat suatu peninggalan material.

(4)

Apabila Lembaga menerima memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain di bawah subseksyen (1),

Lembaga hendaklah mencatatkan butir-butir mengenainya dalam daftar yang disenggarakan menurut Penggal 5

Bahagian ini.

Pengetepian liabiliti kerana kesilapan atau peninggalan dalam memorandum maklumat atau apa-apa dokumen tawaran yang lain

Report

Bahagian IV

Perantara Pasaran

Bahagian V

Syarikat Amanah Labuan

Bahagian VI

Perbankan Labuan

Bahagian VII

Insurans Labuan

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules