Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian III
40. Pelesenan pengurus dana
Feedback & supportTiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan sebagai pengurus dana suatu dana awam melainkan jika orang itu ialah syarikat Labuan yang telah diberi lesen untuk bertindak sebagai pengurus dana di bawah seksyen ini.
Walau apa pun subseksyen (1), orang yang berikut boleh menjalankan perniagaan sebagai pengurus dana suatu dana awam:
orang yang masih dan terus menjadi pengurus yang berkelayakan dan diberi kuasa bagi dana bersama di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf dan telah menerima kebenaran bertulis
Lembaga untuk menjalankan perniagaan sebagai pengurus dana awam; dan
pemegang lesen bank.
Pengurus dana yang menjalankan aktiviti pengurusan dana berhubungan dengan dana persendirian sahaja tidak dikehendaki untuk dilesenkan di bawah Bahagian ini.
Undang-Undang Malaysia 68