Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian III
45. Kelayakan pemegang amanah atau penjaga dana awam
Feedback & supportTiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan sebagai pemegang amanah suatu dana awam melainkan jika orang itu ialah suatu syarikat amanah Labuan.
Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan sebagai penjaga suatu dana awam melainkan jika orang itu ialah pemegang lesen bank atau syarikat amanah Labuan.
Seksyen ini tidak terpakai bagi seseorang yang masih dan terus menjadi pemegang amanah atau penjaga yang berkelayakan dan diberi kuasa bagi dana awam di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf dan telah menerima kebenaran bertulis daripada Lembaga untuk menjalankan perniagaan sebagai pemegang amanah atau penjaga suatu dana awam.
Subpenggal 3
PEMBERIAN LESEN ATAU PENDAFTARAN