Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian III
51. Kewajipan pengurus dana dan penjaga atau pemegang amanah untuk bertindak bebas daripada satu sama lain
Feedback & support(1)
Pengurus dana dan penjaga atau pemegang amanah suatu dana awam hendaklah—
(a)
orang yang berlainan dan bertindak bebas daripada satu sama lain;
(b)
bukan suatu perbadanan berkaitan bagi orang yang satu lagi itu; dan
(c)
tidak mempunyai pengarah eksekutif atau pegawai lain yang sama.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.