Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian III
41. Pelesenan pentadbir dana
Feedback & supportTiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan sebagai pentadbir dana suatu dana awam melainkan jika orang itu ialah syarikat Labuan atau syarikat amanah Labuan dan telah diberi lesen untuk bertindak sebagai pentadbir dana di bawah Akta ini.
Walau apa pun subseksyen (1), orang yang berikut boleh menjalankan perniagaan sebagai pentadbir dana suatu dana awam:
pemegang lesen bank;
syarikat amanah Labuan;
pemegang lesen sekuriti di bawah Bahagian IV;
syarikat pengurusan yang dilesenkan di bawah
Bahagian VIII; atau
orang yang masih dan terus menjadi pentadbir dana yang berkelayakan dan diberi kuasa bagi dana bersama di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf dan telah menerima kebenaran bertulis
Lembaga untuk menjalankan perniagaan sebagai pentadbir dana bagi dana awam.
Pentadbir dana yang menjalankan aktiviti pentadbiran dana berhubungan dengan dana persendirian sahaja tidak dikehendaki untuk dilesenkan di bawah Bahagian ini.