Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian III
47. Kewajipan pengurus dana dan pentadbir dana bagi dana awam
Feedback & supportPengurus dana atau pentadbir dana suatu dana awam dan pegawainya hendaklah, dalam menjalankan kuasa dan kewajipan mereka—
bertindak dengan jujur;
menggunakan tahap cermat dan wajar sebagaimana yang boleh dijangkakan dengan munasabah pada seseorang dalam jawatan itu;
bertindak demi kebaikan kepentingan pelabur dalam dana awam dan, jika terdapat percanggahan antara kepentingan pelabur dengan kepentingannya sendiri, memberi keutamaan kepada kepentingan pelabur;
melayan pelabur yang memegang kepentingan daripada kelas yang sama secara sama rata dan peserta yang memegang kepentingan daripada kelas yang berlainan secara adil;
tidak menggunakan maklumat yang diperoleh melalui jawatannya sebagai pengurus dana atau pentadbir dana atau pegawainya untuk—
mendapatkan kelebihan yang tidak patut bagi diri mereka atau orang lain; atau
menyebabkan kemudaratan kepada pelabur dalam dana awam;
Undang-Undang Malaysia 72
memastikan bahawa semua pembayaran daripada harta dana awam itu dibuat mengikut dokumen konstituen dana awam itu, Akta ini dan mana-mana peraturan;
melaporkan kepada Lembaga, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas dia sedar akan apa-apa pelanggaran—
Akta ini dan mana-mana peraturan; atau
dokumen konstituen dana awam itu yang menyebabkan, atau berkemungkinan akan menyebabkan, kesan yang memudaratkan secara material pada kepentingan pelabur; dan
mengambil tindakan berhati-hati yang munasabah untuk membuat dan menyimpan rekod yang mencukupi mengenai semua perkara, transaksi dan urus niaga, termasuk rekod perakaunan.