Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian III
34. Tatacara pendaftaran
Feedback & supportJika Lembaga membenarkan pendaftaran sesuatu dana awam di bawah perenggan 33(1)(a), Lembaga hendaklah—
mendaftarkan dana awam itu dalam daftar yang disenggarakan di bawah Penggal 5 Bahagian ini; dan
mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada dana awam itu.
Jika Lembaga membenarkan penerimaan bersyarat di bawah perenggan 33(1)(b), penaja dana awam yang dicadangkan itu hendaklah, sebelum habis tempoh penerimaan bersyarat itu atau tempoh diperbaharui penerimaaan bersyarat itu menghantar serah kepada Lembaga—
penerimaan bersyarat daripada Lembaga;
bukti yang memuaskan hati Lembaga bahawa dana awam yang dicadangkan itu telah ditubuhkan dengan sah di Labuan atau mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf; dan
maklumat yang disebut dalam subseksyen 32(1).
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 65
Jika Lembaga berpuas hati bahawa dana awam yang dicadangkan yang disebut dalam subseksyen (2) telah mematuhi kehendak subseksyen itu, Lembaga boleh membenarkan pendaftaran dana awam itu.
Jika Lembaga membenarkan pendaftaran di bawah subseksyen (3), Lembaga boleh mendaftarkan dana awam itu dalam daftar yang disenggarakan di bawah Penggal 5 Bahagian ini dan mengeluarkan perakuan pendaftaran.