Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian III

36. Hak pelabur

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu dana awam berdaftar menerbitkan suatu prospektus atau apa-apa pindaan kepada prospektus itu yang mengandungi apa-apa salah nyataan yang berhubungan dengan mana-mana perkara yang dikehendaki supaya dizahirkan di bawah subseksyen 11(5), seseorang yang membeli mana-mana sekuriti menurut prospektus itu atau pindaan kepada prospektus itu disifatkan telah bergantung pada salah nyataan itu dan hendaklah mempunyai hak yang diperuntukkan dalam subseksyen (2).

(2)

Seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh memilih untuk menggunakan hak tindakan—

(a)

bagi pembatalan pembelian itu; atau

(b)

bagi ganti rugi, bersesama dan berasingan terhadap dana itu dan tiap-tiap orang yang, walaupun sedar tentang salah nyataan itu, menandatangani prospektus atau pindaan kepada prospektus itu dan menyetujui penerbitan dan penyerahannya atau menyebabkan prospektus atau pindaan prospektus itu ditandatangani atau diterbitkan dan difailkan.

Undang-Undang Malaysia 66

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “salah nyataan” ertinya—

(a)

apa-apa pernyataan yang tidak benar atau mengelirukan mengenai apa-apa perkara yang dikehendaki supaya dizahirkan yang disebut dalam subseksyen (1); atau

(b)

sesuatu peninggalan untuk menzahirkan mana-mana perkara sedemikian.

(4)

Tiada seorang pun bertanggungan di bawah seksyen ini jika dia membuktikan bahawa pembeli itu membeli syer yang ditawarkan oleh prospektus itu atau pindaan kepada prospektus itu dengan mengetahui tentang salah nyataan itu.

(5)

Hak untuk bertindak bagi mendapatkan pembatalan atau ganti rugi yang diberikan oleh subseksyen (2) adalah sebagai tambahan kepada apa-apa hak lain yang dipunyai oleh pihak yang terkilan itu di sisi undang-undang.

Report

Bahagian IV

Perantara Pasaran

Bahagian V

Syarikat Amanah Labuan

Bahagian VI

Perbankan Labuan

Bahagian VII

Insurans Labuan

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules