Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian III · Kewangan

39. Kecualian dan peralihan

(1)

Semua peraturan, petunjuk, arahan, perintah atau keputusan yang dibuat oleh Pendaftar atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir yang wujud sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah disifatkan telah dibuat oleh

Lembaga sehingga dipinda atau dibatalkan atau sehingga tarikh ia habis tempoh.

(2)

Semua peraturan, petunjuk, arahan, perintah atau keputusan yang dibuat oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi Akta Syarikat

Luar Pesisir 1990 dan Akta Syarikat Amanah Labuan 1990 di bawah

Akta-Akta itu yang wujud sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah disifatkan telah dibuat oleh

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan melainkan jika dipinda atau dibatalkan atau sehingga tarikh ia habis tempoh.

(3)

Semua permohonan, kelulusan atau keputusan yang belum selesai di hadapan Pendaftar atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, diuruskan oleh Lembaga.

(4)

Semua permohonan, kelulusan atau keputusan yang belum selesai di hadapan Menteri yang bertanggungjawab bagi Akta

Syarikat Luar Pesisir 1990 dan Akta Syarikat Amanah Labuan 1990

di bawah Akta-Akta itu hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya

Akta ini, diuruskan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan.

(5)

Semua surat cara, perakuan atau dokumen yang diserah simpan dengan Pendaftar atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir sebelum mula berkuatkuasanya

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 69

Akta ini hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, disifatkan telah diserah simpan dengan Lembaga.

_______________________________________

Report

Schedules