Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian XIV · Pelbagai
108. Section 108
Feedback & supportNotis, perintah, waran, lesen, resit dan dokumen lain-lain seumpamanya boleh dengan bercetak atau sebahagiannya dengan bertulis dan sebahagiannya dengan bercetak.
Penyampaian sesuatu dokumen kepada seseorang hendaklah dilakukan—
92 Undang-Undang Malaysia AKTA 171
dengan menyerahkannya kepada orang itu atau dengan menyerahkannya di tempat kediamannya yang akhir diketahui kepada seorang ahli keluarganya yang dewasa;
dengan meninggalkannya di tempat kediaman atau perniagaan orang itu yang biasa atau yang akhir diketahui dalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang itu; atau
dengan menghantarnya melalui pos dalam suatu surat yang telahpun dijelaskan bayaran posnya yang dialamatkan kepada orang itu di tempat kediaman atau perniagaannya yang biasa atau yang akhir diketahui.
Sesuatu dokumen yang dikehendaki disampaikan kepada pemunya atau penduduk mana-mana premis hendaklah disifatkan sebagai dialamatkan dengan sewajarnya jika dialamatkan atas perihal
“pemunya” atau “penduduk” premis itu tanpa nama atau perihal lanjut dan boleh disampaikan dengan menyerahkannya kepada seseorang dewasa di premis itu atau, jika sekiranya tiada seseorang dewasa di premis itu yang kepadanya dokumen itu munasabah diserahkan, dengan menampalkannya di sesuatu tempat yang mudah dilihat di premis itu.