Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian XIV · Pelbagai
112. Penalti kerana menghalang Anggota Majlis dan lain-lain
Feedback & supportSeseorang yang pada bila-bila masa menghalang, mengganggu atau menyerang Datuk Bandar Kuala Lumpur atau Datuk Bandar atau
Yang Dipertua, Anggota Majlis, pegawai atau pekerja sesuatu pihak berkuasa tempatan pada menjalankan dan melaksanakan kewajipannya atau yang membuang apa-apa tanda yang diletakkan bagi maksud menandakan sesuatu aras atau arahan yang perlu bagi menjalankan kerja, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Mendapatkan belanja